Wednesday, December 31, 2008

2008 wrap-up...




Assalamu'alaykum..

Lama tak update....sengaja maybe..

Just to start the topic..tahun ini cita-cita aku nak jadi guru dah tercapai..Later, aku akan cerita panjang next time..

Apa2 pun happy new year 2009!!

Labels:

Sunday, October 15, 2006

Satu pencarian dalam rahsia...

Allah Ta'ala telah berfirman di dalam surah Al-Qadr yang bermaksud:
"Sesungguhnya kami telah menurunkan (Al-Quran) pada malam al-Qadr dan apakah jalan yang menyebabkan engkau mengerti (kebesaran) lailatul qadar itu? Lailatul qadar itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan tuhan mereka (Allah), untuk setiap urusan. Sejahteralah malam ini hingga terbit fajar".

Wednesday, October 11, 2006

Badar Di Dalam Kenangan


Sejarah terus berlalu. Badar menjadi kenangan kita zaman berzaman. Ya, kemenangannya perlu diulangi, namun ia memerlukan pengorbanan. Ulangilah jawapan para sahabat apabila diajak untuk berjihad oleh Rasulullah SAW : Demi Allah wahai Nabi Allah, kami tidak akan menjawab sebagaimana yang dijawab oleh Bani Israil ketika Nabi Musa mengajak mereka berperang iaitu “(Wahai Musa) pergilah engkau bersama Tuhanmu dan perangilah mereka, (biarlah) kami di sini duduk menunggu", tetapi kami akan menjawab, pergilah engkau bersama Tuhanmu dan perangilah mereka, kami akan bersama-sama dengan kamu untuk berperang!" -quote

Tuesday, September 19, 2006

Ibu itu Madrasah..



Ibu merupakan insan yang melahirkan kita di waktu mengenal alam dunia. Ibu merupakan insan yang mendidik dalam melakarkan perjalanan marcapada. Ibu merupakan insan yang banyak berkorban dalam menggembirakan kehidupan anak-anak. Hakikat pengorbanan seorang ibu masih belum setanding dengan pengorbanan semua anak-anaknya.

Madrasah merupakan tempat ilmu dicurah dan mencurah. Nawaitu ibu memberikan yang terbaik untuk anak-anak. Ibu itu madrasah kerana mencurah ilmu. Ibu itu madrasah kerana mengajar mengenal Allah itu Esa. Melimpah ilmu merintis jalan yang satu. Melimpah ilmu agar tak tersesat di hujung waktu. Melimpah ilmu agar tahu membezakan mana hitam putih arah tuju. Melimpah ilmu agar mampu mengajar hingga ke anak cucu.

Madrasah ibu tak pernah jemu. Kerana kasih ibu hanya Allah yang Maha Tahu.

Thursday, April 06, 2006

Advencer Si Peniup Ney


Baru sahaja meng'khatam'kan pembacaan novel yang dibeli masa pesta buku @ PWTC. Banyak-banyak buku yang dibeli...tang ni yang habis dahulu...bila dah start baca, my eyes keep on and on to finish up this novel..genre novel ni nampak serasi dengan jiwa..'Advencer Si Peniup Ney'...dah lama sebenarnya teringin nak mencari novel ni..cuma bila dah 'terserempak' at Utusan booth..just pick and pay...plus the initial from the author Faisal Tehrani..

Anyway..ceritanya berkenaan pengembaraan Us. Sulaiman Hilmi ke alam jin...menyampaikan mesej dakwah...yang tentunya tempias dan fokus pada generasi muda belia..garapan menarik..suspense..penggunaan ayat yang teratur..lebih-lebih lagi dengan bersumberkan ayat Al-Qur'an dan penelitian dalam fakta yang ditonjolkan...to be honest..really impressed with the script...the author did lot of analytical research about the music...dig and deep down..in Islamic perspective.. the effort to portray the beauty of Islam..

Elemen tarbiyah and the way to nurture the 'jin' memaparkan kebijaksanaan pendakwah dalam menyebarkan risalah dakwah..

Perfect 10 goes to the author...

Saturday, January 14, 2006

Madinah Tun-Nabi (nasheed)




Dedikasi khusus untuk yang merindukan kasih pada kekasih Allah.
(seperti rindunya saya untuk berada di dalam Taman Raudhah-Masjidil Nabawi)

Words and melody: D.Wharnsby©
Copyright 1998 Sound Vision.Com

There was merriment and joy,
a smile on the face of every girl and boy.
The streets of Yathrib welcomed in
the Prophet of Allah, Muhammad,Sallallahu `alaihi was salam.

A full, white moon,
shone down upon the land,
rising from the valley between hills of sand.
Being greatful to Allah was the Prophet’s demand,
spreading peace through the streets of Madinah.

Madinah tun-Nabi, Madinah tun-Nabi
The city of the Prophet is like home to me.
I’ll travel through the world but I doubt that I will see,
a city with such wonder as Madinah.

Now the narrow winding roads,are so full of history;
Streets shake with the Azan from Masjid-Un-Nabi.
I feel the shadow of the Prophet gently cooling me
as I walk through the streets of Madinah.

Madinah tun-Nabi, Madinah tun-Nabi
The city of the Prophet is like home to me.
I’ll travel through the world but I doubt that I will see,
a city with such wonder as Madinah.

The man who reads Qur’an `neath a date palm tree,
and a smile from the child on the street selling tea,
enchant me with their beauty and their simplicity
as I walk through the streets of Madinah.

Al-Madinahtul-Munawarah
Oh, Enlightened City!
Al-Madinahtul-Munawarah
Even in my sleep you call to me.

Time, has hurried by,
time has traveled on so fast,
and though wisdom and truth will always last,
I wish, I wish, I wish that I could climb into the past
and live with the Prophet in Madinah.

Madinah tun-Nabi, Madinah tun-Nabi
The city of the Prophet is like home to me.
I’ll travel through the world but I doubt that I will see,
a city with such wonder as Madinah.

My heart is never far from the home of the Ansar,
and the city of The Prophet, Al Medinah.

Sunday, December 18, 2005

Dan daripada ibnu Umar ra katanya, Rasulullah saw telah menepuk bahuku serta bersabda "hendaklah engkau jadi didunia ini seolah-olah berdagang dinegeri orang atau sebagai orang yang melintasi jalan." Ibnu Umar ra berkata, jika kamu berada diwaktu petang janganlah kamu tangguh kewaktu pagi dan jika kamu berada diwaktu pagi janganlah kamu tangguh kewaktu petang. Rebutlah kesempatan sewaktu kamu berada didalam keadaan sihat sebagai persediaan diwaktu engkau sakit dan ketika engkau masih hidup sebagai bekalan ketika engkau mati." (AlBukhori)